Followers
Thursday, 11 October 2012
Aktiviti Di Sekolah
DENGAN wisel di bibir, gaya kanak-kanak berusia 10 tahun itu seolah-olah seperti anggota polis trafik yang sedang bertugas. Meskipun dibakar terik matahari sambil pen di tangan, dia tidak teragak-agak mengeluarkan saman kepada rakan yang melanggar peraturan lalu lintas.
Setiap kesalahan itu dicatat dan dimaklumkan agar ia tidak diulangi. Pelbagai aksi dapat dilihat apabila mereka yang melanggar peraturan menerima surat saman. Ada yang menepuk dahi dan ada pula yang hanya mampu tersengih apabila menyedari kesilapan yang dilakukan.
Senario itu mungkin kelihatan sama seperti keadaan sebenar di jalan raya, namun ia hanyalah latihan amali pendidikan keselamatan jalan raya melalui Ops Selamat 2 yang dijalankan oleh Sekolah Kebangsaan Langgar, Pekan Pahang.
Penganjuran Ops Sikap itu bertujuan menguji pemahaman pelajar akan keselamatan jalan raya yang dipelajari dalam subjek Bahasa Melayu. Ia lanjutan penganjuran Ops Selamat kali pertama yang diadakan pada 2011 yang mencapai objektifnya untuk menyemai minat serta menanam pemahaman pelajar mengenai keselamatan jalan raya.
Kali ini, Ops Selamat 2 Sekolah Kebangsaan Langgar melibatkan kira-kira 30 pelajar tahun empat yang terpilih untuk menguji kemahiran dan pengetahuan mereka di jalan raya.
Ia selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang aspek keselamatan jalan raya bermula dari kanak-kanak. Program ini bertujuan melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah dan berdisiplin serta mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan.
Bermula pada tahun 2008, pendidikan keselamatan jalan raya diajar dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid tahun satu hingga enam. Ia kemudiannya dilanjutkan ke peringkat sekolah menengah bermula tahun 2012 ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waaa , Poster ni sngt berfaedah utk sy bt kempen di sekolah nt.. tq cikgu.. :)
ReplyDeleteTahniah kerana berjaya membangunkan blog yang tajuknya jarang diketengahkan oleh orang lain.
ReplyDelete