Jalan-jalan ke pasar raya
Hendak membeli buah rambutan
Berhati-hati di jalan raya
Jangan lupa jaga keselamatan.
Pergi ke pasar beli rambutan
Rambutan pulasan sedap rasanya
Jangan lupa jaga keselamatan
Keselamatan itu amat beharga
Rambutan pulasan sedap rasanya
Kulitnya tebal manis isi-nya
Kalau kita selalu berwaspada
Kita akan selamat selamanya
Followers
Wednesday, 12 December 2012
Contoh karangan cara-cara mengatasi kemalangan jalan raya
Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru di negara kita, malahan sejak sekain lama kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia. Kemalangan tersebut telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa, terutamanya kemalangan yang melibatkan bas. Oleh itu, kerajaan telah melakukan langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.
Antara langkah yang patut dilakukan ialah undang-undang keselamatan jalan di jalan raya perlu diperketat supaya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Syarat kelulusan bagi ujian kelas memandu juga haruslah dinaikkan. Selain itu, para pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap dua tahun untuk memahirkan mereka dengan kemahiran yang diajarkan di kelas memandu dahulu. Keadaan kenderaan seperti tidak berlampu dan sistem brek yang rosak merupakan salah satu penyumbang utama kemalangan di jalan raya. Oleh itu, para pemandu perlu sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat sebelum digunakan, khususnya untuk perjalanan yang jauh. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan haruslah mewajibkan pemeriksaan kenderaan dilakukan setiap tahun dan mengenakan denda terhadap mereka yang mengingkarinya.
Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak belakangan ini adalah berpunca daripada sikap pemandu yang suka memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Dalam hal ini, had laju yang sedia ada wajar dikurangkan, khususnya di kawasan lebuh raya, walaupun sesetengah pemandu sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi apabila suatu peraturan itu telah ditetapkan, mereka harus mematuhinya.
Denda juga harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu melebihi had yang ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua kali, maka lesen memandu mereka perlu digantung. Tindakan ini sudah pasti akan dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap tidak mengambil peduli akan keselamatan di jalan raya dalam kalangan pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan.
Pengguna juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya oleh pihak tertentu, bak kata pepatah, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur.
Subscribe to:
Posts (Atom)