Followers

Thursday 11 October 2012

Aktiviti Di Sekolah

DENGAN wisel di bibir, gaya kanak-kanak berusia 10 tahun itu seolah-olah seperti anggota polis trafik yang sedang bertugas. Meskipun dibakar terik matahari sambil pen di tangan, dia tidak teragak-agak mengeluarkan saman kepada rakan yang melanggar peraturan lalu lintas. Setiap kesalahan itu dicatat dan dimaklumkan agar ia tidak diulangi. Pelbagai aksi dapat dilihat apabila mereka yang melanggar peraturan menerima surat saman. Ada yang menepuk dahi dan ada pula yang hanya mampu tersengih apabila menyedari kesilapan yang dilakukan. Senario itu mungkin kelihatan sama seperti keadaan sebenar di jalan raya, namun ia hanyalah latihan amali pendidikan keselamatan jalan raya melalui Ops Selamat 2 yang dijalankan oleh Sekolah Kebangsaan Langgar, Pekan Pahang.
Penganjuran Ops Sikap itu bertujuan menguji pemahaman pelajar akan keselamatan jalan raya yang dipelajari dalam subjek Bahasa Melayu. Ia lanjutan penganjuran Ops Selamat kali pertama yang diadakan pada 2011 yang mencapai objektifnya untuk menyemai minat serta menanam pemahaman pelajar mengenai keselamatan jalan raya. Kali ini, Ops Selamat 2 Sekolah Kebangsaan Langgar melibatkan kira-kira 30 pelajar tahun empat yang terpilih untuk menguji kemahiran dan pengetahuan mereka di jalan raya.
Ia selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang aspek keselamatan jalan raya bermula dari kanak-kanak. Program ini bertujuan melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah dan berdisiplin serta mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan. Bermula pada tahun 2008, pendidikan keselamatan jalan raya diajar dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid tahun satu hingga enam. Ia kemudiannya dilanjutkan ke peringkat sekolah menengah bermula tahun 2012 ini.

Saturday 6 October 2012

Panduan Keselamatan Jalan Raya


Mangsa jalanraya biasanya terdiri daripada kanakkanak. Mereka mungkin terdiri daripada pejalan kaki,penumpang kereta,bas atau pembonceng motosikal.Kemalangan jalanraya boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan. Di Malaysia, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna yang paling ramai menderita akibat kecederaan dan kematian.



Pencegahan
 
Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada
kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.
 
Kereta
 

    1. Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.
    2. Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak. Jangan sekali kali berkongsi tali pinggang keselamatan. 
    3. Tali pinggang duduk hendaklah dipakai di paras pelvis bukannya di atas perut. Pastikan tali pinggang tempat duduk bayi berada di atas bahu mereka bukannya di leher dan jangan biarkan bayi mengeluarkan sebahagian bahu mereka dari tali pinggang keledar
    4. Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.
    5. Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya di letakkan di tempat duduk belakang. bayi juga perlu di letakkan di tempat duduk belakang dalam tempat duduk khas.
    6. Gunakan sistem kawalan kunci kereta.


    Pejalan kaki
     
    1. Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun melintas jalan secara bersendirian.
    2. Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan lintasan pejalan kaki.
    3. Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.
    4. Jangan berlari ketika melintas jalan.
    5. Jangan bermain berhampiran jalan raya.
    6. Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah, pengguna sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurang kurangnya 100 meter daripada kawasan tersebut.
    7. Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan melawan arus trafik supaya dapat melihat kenderaan di hadapan.
    8. Pakai pakaian yang cerah atau terang pada waktu malam supaya dapat di lihat oleh pemandu yang lain.


    Penumpang bas
     
    1. Jangan tunggu bas berhampiran lalulintas.
    2. Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki bas.
    3. Berhati-hati ketika menaiki tangga bas.
    4. Pastikan bas berhenti sebelum turun dari bas.
    5. Berhati-hati semasa turun dari bas.
    6. Selepas turun dari bas, jalan kehadapan bas supaya pemandu bas dapat melihat anda.
    7. Pastikan anda berada jauh dari bahagian belakang bas sepanjang masa.


    Penunggang Motosikal
     
    1. Elakkan membawa kanak-kanak semasa menunggang motosikal. 
    2. Gunakan kaedah pemanduan yang selamat.
    3. Pastikan kanak-kanak memakai topi keledar


    Penunggang basikal
     
    1. Pastikan basikal dalam keadaan baik . 
    2. Gunakan topi keledar basikal jika kanak-kanak yang menunggang.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              












    Monday 1 October 2012

    Petua Keselamatan Jalan Raya


    Petua Keselamatan Jalan Raya

    # Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.
    # Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Had laju musim perayaan dikurangkan sebanyak 10 peratus.

    # Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan ketika menukar lorong. Periksa cermin sisi dan pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

    # Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

    # Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

    # Patuhi garis panduan keselamatan ketika memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

    # Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan saja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

    # Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.


    # Pastikan kenderaan diselenggara dan diperiksa sebelum perjalanan jauh.

    Kompaun maksimum RM300 tanpa rayuan bagi enam kesalahan utama

    # Melebihi had laju

    # Memotong barisan

    # Tidak mematuhi lampu isyarat

    # Menggunakan lorong kecemasan

    # Memotong di garisan berkembar

    # Memandu secara berbahaya.

    Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat - Anda Mampu Mengubahnya, Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Ingatlah Orang Tersayang dan Pandu Cermat.