Followers

Saturday 29 September 2012

Pantun Nasihat

Keselamatan Jalan Raya

Jalan-jalan ke pasar raya
Hendak membeli buah rambutan 
Berhati-hati di jalan raya
Jangan lupa jaga keselamatan.


Pergi ke pasar beli  rambutan
Rambutan pulasan sedap rasanya
Jangan lupa jaga keselamatan
Keselamatan itu amat beharga


Rambutan pulasan sedap rasanya
Kulitnya tebal manis isi-nya
Kalau kita  selalu berwaspada
Kita akan selamat selamanya

Thursday 27 September 2012

Selamat Datang..

Selamat Datang ke Blog Saya..

Blog ini akan dibina untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kelas saya khasnya dan boleh digunakan oleh guru-guru lain secara umumnya. Topik yang dipilih ialah Keselamatan Jalan Raya iaitu salah satu tajuk bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk Tahun 4.



Saya memilih tajuk ini memandangkan kadar kemalangan yang kian meningkat saban hari. Semoga dengan hasil usaha yang sedikit akan memberi impak kepada negara yang kita cintai ini. Insya'Allah..